Selamat Datang Ke Laman Unit Kokurikulum SK SAWAH DATO'

Thursday, October 28, 2010

 INFO PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN JOHOR EDISI KE 38 TAHUN 2010
Maklumat:Sila klik link di bawah untuk mengetahui maklumat terkini Pesta Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Johor Edisi Ke 38 Tahun 2010, yang di Segamat pada 29 hingga 31 Oktober 2010.
Link:http://ppdsegamat.edu.my/mskppm/

Sunday, October 24, 2010

Bajet 2011 : Sistem pendidikan negara akan dirombak

 

1. Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing.

2. Kementerian Pelajaran diberikan peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

3. RM213 juta diperuntukkan untuk anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi, Pengetua, Guru Besar dan Guru Cemerlang.

4. Inrolmen Prasekolah ditingkatkan dengan sasaran sebanyak 72% menjelang akhir 2011. (penambahan 1700 kelas dan pelantikan 800 orang Guru Prasekolah Lepasan Ijazah).
 
5. RM250 juta diperuntukkan untuk pembangunan Sekolah Bantuan Modal SABK, SJK Cina, SJK Tamil dan Sekolah Mubaligh.)

6. RM90 juta untuk Bantuan Perkapita kepada Sekolah-Sekolah Agama Rendah dan Menengah.

7. RM576 juta dalam bentuk Biasiswa kepada guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran mereka.

8. RM213 juta MBMMBI serta Kurikululum Standard Sekolah Rendah. (375 orang Guru Penutur Jati Bahasa Inggeris dari United Kingdom dan Australia).

9. RM111 juta diperuntukkan untuk Program Permata .

10. Agihan Multi Vitamin dan Susu untuk murid-murid sekolah.

Wednesday, October 13, 2010

Pelaporan Pelaksanaan Ujian SEGAK Bil.2/2010

Tarikh pelaksanaan di peringkat sekolah : 12 Julai 2010 hingga 10 Ogos 2010
Sehubungan itu , mohon kerjasama sekolah untuk merancang dan melaksanakan Ujian SEGAK di peringkat sekolah dalam tempoh yang ditetapkan di atas. Pihak sekolah hendaklah memastikan Ujian SEGAK ini dijalankan dengan sempurna, menggunakan peralatan yang standard dan mematuhi peraturan yang ditetapkan . Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2008 hendaklah dijadikan panduan dalam melaksanakan ujian ini.
Rumusan dan dapatan data Ujian SEGAK 1/2010 telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu dibaiki dalam pelaksanaan Ujian SEGAK 2/2010 ini. Antaranya ialah ujian tidak dijalankan dengan sempurna, tidak dirancang, tiada taklimat kepada murid dan guru, ada murid yang tidak melaksanakan ujian SEGAK, ada data Ujian yang diisi secara "maya", iaitu murid tidak melaksanakan ujian tetapi ada markah, kurang atau tiada pemantauan dari pentadbir sekolah dan sebagainya.
Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk memastikan supaya taklimat kepada guru dan murid dijalankan sebelum ujian dijalankan. Untuk memastikan ujian ini dijalankan dengan sempurna dan data dapat disediakan dengan tepat dan bertanggungjawab, perancangan hendaklah dibuat dengan teliti dan direkodkan. Pengumpulan data ujian hendaklah menggunakan perisian yang digunakan untuk Ujian SEGAK 1/2010.
Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah diminta menghantar laporan pelaksanaan program berkenaan dengan kadar segera ke pejabat ini. Terima kasih dan tahniah kepada sekolah yang telah berbuat demikian.
Sebarang kemuskilan dan pertanyaan sila rujuk Wan Nadzri Wan A.Rahman (PPPD Kurikulum) atau En. Shamshudin Othman, Jurulatih Utama SEGAK .
Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Sekian terima kasih.

Tuesday, October 12, 2010

PERKHEMAHAN UIT BERUNIFORM
SK.LKTP TENGGAROH 5
2010

Perkhemahan Unit Beruniform SK.LKTP Tenggaroh 5akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari         :      Jumaat hingga Ahad
Tarikh      :      22 - 24Oktober 2010
Tempat    :      Tanjung Leman, Mersing




Sunday, October 10, 2010

Anugerah Kokurikulum Daerah Mersing 

Tahun 2010




Sekalung ucapan tahniah dirakamkan kepada penerima-penerima anugerah tersebut. Moga ianya menjadi pemangkin kepada peningkatan profesionalisme guru-guru dan murid-murid anak-anak permata Mersing.

MERSING HEBAT.

Sukan Sekolah Diperkasa 2011

Kegiatan jadi bahagian khusus, dipisahkan daripada seni, kokurikulum
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan, termasuk memberi lima daripada 10 peratus markah yang diperuntukkan untuk kokurikulum.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antara lain yang diputuskan ialah menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum. “Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan.
“Sebelum ini, kegiatan kokurikulum sukan tidak diberi penekanan di sekolah. Bermula tahun depan, dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah di Bangunan Parlimen.
Muhyiddin berkata, turut diputuskan ialah penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat.
Katanya, peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini.
“Kementerian juga akan mengambil langkah untuk menambah jadual kokurikulum dan ia akan susun balik, kalau boleh sukan itu diajar dalam jadual waktu persekolahan, jadi pelajar tidak perlu pulang,” katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun, langkah itu perlu dilakukan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak membabitkan keperluan untuk memanjangkan waktu persekolahan.
“Cara ini untuk menggalakkan pembangunan sukan di sekolah, bukannya nak tumpu untuk lahirkan atlit, tetapi jika nak majukan sukan di sekolah, mesti dapat mengenal pasti bakat yang boleh diketengahkan menerusi Majlis Sukan Negara, tapi sasaran kementerian ialah pembabitan pelajar dalam bidang pasukan,” katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung dasar pendidikan seks di sekolah.
Timbalan Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai pakar dalam bidang pendidikan seks, biologi dan hal yang berkaitan.
“Mungkin kita boleh mengambil sedikit contoh daripada apa yang berlaku di setengah negara yang sudah memperkenalkan (dasar ini) dan juga pakar yang ada di kementerian,” katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, isu pendidikan seks di sekolah sudah dibincangkan oleh banyak pihak.
“Cuma kementerian yang belum lagi membuat keputusan kerana kita faham yang ia adalah suatu perkara yang agak besar dan dinanti bukan saja oleh kementerian tetapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah satu perkara yang perlu kita halusi semasak-masaknya.

UPSR kekal, PMR dimansuh mulai 2016 - Muhyiddin


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan di semua sekolah mulai 2016 dan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun Enam pula akan dikekalkan tetapi dengan diberikan perubahan pada bentuk dan format. - Utusan
"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.