Selamat Datang Ke Laman Unit Kokurikulum SK SAWAH DATO'

Thursday, December 30, 2010

Rancangan Pengajaran Tahunan Sekolah Rendah 2011

Bahasa Melayu
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Bahasa Inggeris
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Matematik
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
HSP TAHUN 4,
(Disumbang Oleh En. Osman Said)
TAHUN 5, TAHUN 6.


Sains
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Pendidikan Seni Visual
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Pendidikan Muzik
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.


Bahasa Arab
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.

Pendidikan Islam
TAHUN 1,TAHUN 2, TAHUN 3,
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.

j-QAF
TAHUN 1,TAHUN 2, THN 3/1, THN3/2

Kajian Tempatan
TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6.

Sivik Dan Kewarganegaraan
TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6.

Kemahiran Hidup
TAHUN 4,TAHUN 5, TAHUN 6.

Tuesday, December 28, 2010

Sunday, December 26, 2010


KEBENARAN KHAS - PAKAIAN PJK UNTUK GURU DAN MURID (TERBARU) 

Lega bila mendapat berita terbaru ini. saya pasti semua guru PJK dan murid-murid juga turut gembira.

satu surat kebenaran khas telah dikeluarkan oleh pejabat ketua pengarah pelajaran malaysia pada 26 jJlai 2010 yang dikuatkuasa serta merta.
KEBENARAN KHAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG MELAKSANAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) MEMAKAI PAKAIAN RASMI SUKAN SEPANJANG HARI BERKENAAN.


Adalah dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 mac 2010 telah memutuskan bahawa Surat Siaran tentang pakaian sukan sekolah perlu dikeluarkan dalam usaha memperkasakan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah.

2. Sehubungan itu, semua guru dan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai seperti berikut

2.1 Guru - Memakai T-Shirt berkolar, Seluar Sukan (Track-Bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih.

2.2 Murid - Memakai T-Shirt berkolar atau tidak berkolar, Seluar Sukan (Track-Bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih.

3. Lanjutan daripada perkara di atas, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah bersetuju memberi kelonggaran kepada guru-guru termasuk juga murid0murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

t.t
TAN SRI DATO' HJ. ALIMUDDIN BIN HJ.
MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Friday, November 19, 2010

Takwim Persekolahan 2011 KPM

Takwim Persekolahan 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia  

Kalendar Persekolahan Tahun 2011
Kumpulan A
Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
02.01.2011
31.01.2011
22
Hari Persekolahan
01.02.2011
28.02.2011
20
Hari Persekolahan
01.03.2011
10.03.2011
8
Cuti Pertengahan Penggal
11.03.2011
19.03.2011
9
Hari Persekolahan
20.03.2011
31.03.2011
10
Hari Persekolahan
01.04.2011
30.04.2011
20
Hari Persekolahan
01.05.2011
26.05.2011
20
Cuti Pertengahan Tahun
27.05.2011
11.06.2011
16
II
Hari Persekolahan
12.06.2011
30.06.2011
15
Hari Persekolahan
01.07.2011
31.07.2011
21
Hari Persekolahan
01.08.2011
25.08.2011
19
Cuti Pertengahan Penggal ke II
26.08.2011
03.09.2011
9
Hari Persekolahan
04.09.2011
30.09.2011
20
Hari Persekolahan
01.10.2011
31.10.2011
22
Hari Persekolahan
01.11.2011
17.11.2011
13
Cuti Akhir Tahun
18.11.2011
31.12.2011
44
Jumlah
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
210
Jumlah Hari Cuti Penggal
78

Kumpulan B
Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
03.01.2011
31.01.2011
21
Hari Persekolahan
01.02.2011
28.02.2011
20
Hari Persekolahan
01.03.2011
11.03.2011
9
Cuti Pertengahan Penggal
12.03.2011
20.03.2011
9
Hari Persekolahan
21.03.2011
31.03.2011
9
Hari Persekolahan
01.04.2011
30.04.2011
20
Hari Persekolahan
01.05.2011
27.05.2011
21
Cuti Pertengahan Tahun
28.05.2011
12.06.2011
16
II
Hari Persekolahan
13.06.2011
30.06.2011
15
Hari Persekolahan
01.07.2011
31.07.2011
21
Hari Persekolahan
01.08.2011
26.08.2011
19
Cuti Pertengahan Penggal ke II
27.08.2011
04.09.2011
9
Hari Persekolahan
05.09.2011
30.09.2011
20
Hari Persekolahan
01.10.2011
31.10.2011
22
Hari Persekolahan
01.11.2011
18.11.2011
14
Cuti Akhir Tahun
19.11.2011
01.01.2012
44
Jumlah
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
210
Jumlah Hari Cuti Penggal
78

Kumpulan A
Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sumber : Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my/?id=19) pada 6 oktober 2010

Wednesday, November 3, 2010

Jadual Kursus KSSR Daerah Mersing.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan beberapa siri kursus tersebut seperti ketetapan berikut :
Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan seorang guru yang berpengalaman dan akan mengajar mata pelajaran-mata pelajaran berkenaan Tahun 1 pada tahun 2011 untuk menghadiri kursus tersebut.
Untuk makluman, Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa semasa cuti penggal persekolahan bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal persekolahan dalam satu-satu bulan yang terkandung di dalam Perintah Am 50 Bab ‘C’.
Makan minum dan tuntutan perjalanan adalah dibawah peruntukan sedia ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Jabatan Pelajaran Johor mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Untuk tujuan tuntutan, peserta diminta membawa satu salinan surat panggilan kursus, salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku akaun bank yang menunjukkan di mana gaji dimasukkan yang telah disahkan.
Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian. Wassalam.

Thursday, October 28, 2010

 INFO PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN JOHOR EDISI KE 38 TAHUN 2010
Maklumat:Sila klik link di bawah untuk mengetahui maklumat terkini Pesta Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Johor Edisi Ke 38 Tahun 2010, yang di Segamat pada 29 hingga 31 Oktober 2010.
Link:http://ppdsegamat.edu.my/mskppm/

Sunday, October 24, 2010

Bajet 2011 : Sistem pendidikan negara akan dirombak

 

1. Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing.

2. Kementerian Pelajaran diberikan peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

3. RM213 juta diperuntukkan untuk anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi, Pengetua, Guru Besar dan Guru Cemerlang.

4. Inrolmen Prasekolah ditingkatkan dengan sasaran sebanyak 72% menjelang akhir 2011. (penambahan 1700 kelas dan pelantikan 800 orang Guru Prasekolah Lepasan Ijazah).
 
5. RM250 juta diperuntukkan untuk pembangunan Sekolah Bantuan Modal SABK, SJK Cina, SJK Tamil dan Sekolah Mubaligh.)

6. RM90 juta untuk Bantuan Perkapita kepada Sekolah-Sekolah Agama Rendah dan Menengah.

7. RM576 juta dalam bentuk Biasiswa kepada guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran mereka.

8. RM213 juta MBMMBI serta Kurikululum Standard Sekolah Rendah. (375 orang Guru Penutur Jati Bahasa Inggeris dari United Kingdom dan Australia).

9. RM111 juta diperuntukkan untuk Program Permata .

10. Agihan Multi Vitamin dan Susu untuk murid-murid sekolah.