Selamat Datang Ke Laman Unit Kokurikulum SK SAWAH DATO'

Saturday, January 29, 2011

LARIAN PERDANA MAHKOTA DAN KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

Semua guru dan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 SKT5 dipohon hadir untuk menunaikan tanggungjawab dengan penuh rasa keikhlasan untuk menjayakan program anjuran JABATAN PELAJARAN JOHOR. Setiap penyertaan dengan bayaran RM2 untuk disalurkan terus ke MSSJ.
 
 Setiap pelajar akan diberikan SIJIL PENYERTAAN yang mempunyai nilai merit penyertaan sukan peringkat MSSJ.

Majlis akan bermula jam 8.00 pagi dengan dimulai SENAMROBIK. Terdapat 20 hadiah. ( 5 hadiah X 4 kategori ) iaitu kategori A Lelaki  dan Perempuan  Bawah 10 Tahun,, B Lelaki dan  Perempuan Bawah 12 Tahun.

1 MURID 1 SUKAN

Thursday, January 20, 2011

Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan

      Bagi menyahut cabaran dan pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan , SK. LKTP Tengggaroh 05 telah mengadakan Mesyuarat Agung dan pemilihan melalui Kelab Sukan dan Permainan.


Murid-murid diberi peluang secara langsung untuk melibatkan diri dalam pengurusan dan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.













   Pihak sekolah turut merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun berdasarkan aktiviti rumah sukan dan Kelab Sukan& Permainan . Pelbagai aktiviti dan pertandingan antara  kelas, rumah sukan, kelab sukan turut diadakan untuk memberi peluang kepada semua murid terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan yang diceburi.

Tuesday, January 18, 2011

1 MURID 1 SUKAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran akan melaksanakan enam strategi selaras pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Februari lalu mulai tahun depan, bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar berkenaan akan turut memfokuskan untuk mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dengan penyertaan seorang murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sepanjang tahun itu. Antara enam strategi dipersetujui ialah memberi bantuan kewangan sukan kepada sekolah, mewajibkan pembabitan pelajar dalam aktiviti sukan, mengenal pasti program sukan sekolah untuk dilaksana sepanjang tahun, menubuhkan Bahagian Sukan secara berasingan, elemen sukan dimasukkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan mengenal pasti lima Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk melatih guru sukan. Melalui Dasar 1Murid 1Sukan ini, lengkaplah skop pembangunan sukan di sekolah kerana program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) yang khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang sudah dilaksanakan sejak Julai 2008.

Muhyiddin berkata, selaras transformasi pendidikan, sudah sampai masa kementerian mempunyai kerangka penilaian yang lebih komprehensif dalam mengukur keberkesanan pelaksanaan setiap agenda pendidikan termasuk kegiatan sukan. Jika setiap tahun kita mampu memberi penilaian terhadap prestasi akademik murid dalam pencapaian mereka, maka sewajarnya kita juga mampu memberi laporan prestasi dalam bidang lain termasuk sukan.

Dasar 1 Murid 1 Sukan ini secara umumnya menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.
Oleh itu, bermula tahun 2011, semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Pekeliling pun sudah dikeluarkan oleh pihak kementerian untuk dijadikan rujukan semua.

Friday, January 14, 2011

PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS TAHUN 2011

Tindakan : SELURUH KAKITANGAN WARGA PENDIDIKAN (PEGAWAI / GURU / STAF) DAERAH MERSING
Tarikh : 07-01-2011
Unit : PENGURUSAN SEKOLAH
Oleh : En. Muhamad Fadli Bin Othman

Maklumat : Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa peruntukan untuk latihan dalam perkhidmatan bagi tahun 2011 adalah terhad, walaubagaimanapun setiap kakitangan awam pendidikan masih perlu memenuhi keperluan dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari kursus setahun.

3. Sehubungan itu, KPM telah memutuskan kursus 7 hari setahun bagi tahun 2011 boleh diganti dengan pembacaan buku (atau langkah alternatif lain yang dikira dengan 6 jam kehadiran bersamaan 1 hari kursus) sekiranya kewajipan menghadiri kursus tidak dapat dipenuhi.

4. Untuk maklumat lanjut tentang kaedah pelaksanaan dan kumpulan kategori bagi pembentangan/penulisan sinopsis, sila rujuk lampiran yang disertakan di bawah.

Sekian, terima kasih.
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2010/1293409607.pdf
Kaedah_Pelaksanaan_Latihan_Pembacaan_Buku.pdf