Selamat Datang Ke Laman Unit Kokurikulum SK SAWAH DATO'

Wednesday, April 20, 2011

CARA BERPAKAIAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI JOHOR PADA HARI JUMAAT

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH DAERAH MERSING.

Maklumat:BERSAMA-SAMA INI DIPAPARKAN SURAT DARI PEJABAT DAERAH MERSING PDMG.11/2 Jld.3 (4) BTH 23 MAC 2011 UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN TUAN.

SEKIAN, SEGALA KERJASAMA YANG DIBERIKAN DIUCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH.

Lampiran 1:  Cara_Berpakaian_.PDF

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH MERSING 2011

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan Festival Sains Dan Teknologi Peringkat Daerah Mersing 2011 pada tarikh 5 Mei 2011:

Sehubungan itu, mohon kerjasama dari pihak tuan untuk memaklumkan kepada GPK Kokurikulum dan Guru Kanan Mata Pelajaran Matematik dan Sains untuk membuat persediaan bagi menyertai pertandingan yang akan dijalankan.
 

Berikut dinyatakan pertandingan-pertandingan tersebut:
 

1.Saintis Muda ( Sekolah Rendah )
2.Eureka REE ( Sekolah Rendah )
3.Bercerita Sains ( Sekolah Rendah )
4.Portable Cooking With Nature ( Sekolah Menengah )
5.Solar Boat ( Sekolah Menengah )
6.Solar Car Race ( Sekolah Menengah )
7.Saintis Muda ( Sekolah Menengah )
8.Pelancaran Roket ( Sekolah Menengah )

Sebarang pertanyaan, bolehlah dipanjangkan kepada En Nor Azmi Bin Mohd Nor, Penolong PPD Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing ditalian 013-7676 345.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Terima Kasih.














Friday, April 1, 2011

TEMASYA SUKAN BALAPAN DAN PADANG
SK. LKTP TENGGAROH 5 KALI KE 18



Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpahnya, Temasya Sukan SK. LKTP Tenggaroh 5 Kali ke 18 dapat dijalankan dengan jayanya pada ketetapanberikut:
 Tarikh    :  24 Febuari 2011
  Masa       :  2.30 petang
 Tempat:  Padang Awam SK. LKTP Tenggaroh Timur 1
    Sekalung tahniah dan ucapan jutaan terima kasih terutama kepada pihak pentadbiran, semua guru dan kakitangan SKT 5 yang bersungguh-sungguh menjayakan program ini.
Tidak dilupakan juga ucapan terimakasih kepada semua yang terlibat :
1. Pihak Pengurusan FELDA Timur 1
2. Pihak Pengurusan FELDA Tenggaroh 5
3. AJK PIBG
4. Ibu bapa/ penjaga
5. Penyumbang dana
6. RELA
7. Belia Tenggaroh 5