Selamat Datang Ke Laman Unit Kokurikulum SK SAWAH DATO'

Wednesday, October 13, 2010

Pelaporan Pelaksanaan Ujian SEGAK Bil.2/2010

Tarikh pelaksanaan di peringkat sekolah : 12 Julai 2010 hingga 10 Ogos 2010
Sehubungan itu , mohon kerjasama sekolah untuk merancang dan melaksanakan Ujian SEGAK di peringkat sekolah dalam tempoh yang ditetapkan di atas. Pihak sekolah hendaklah memastikan Ujian SEGAK ini dijalankan dengan sempurna, menggunakan peralatan yang standard dan mematuhi peraturan yang ditetapkan . Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2008 hendaklah dijadikan panduan dalam melaksanakan ujian ini.
Rumusan dan dapatan data Ujian SEGAK 1/2010 telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu dibaiki dalam pelaksanaan Ujian SEGAK 2/2010 ini. Antaranya ialah ujian tidak dijalankan dengan sempurna, tidak dirancang, tiada taklimat kepada murid dan guru, ada murid yang tidak melaksanakan ujian SEGAK, ada data Ujian yang diisi secara "maya", iaitu murid tidak melaksanakan ujian tetapi ada markah, kurang atau tiada pemantauan dari pentadbir sekolah dan sebagainya.
Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk memastikan supaya taklimat kepada guru dan murid dijalankan sebelum ujian dijalankan. Untuk memastikan ujian ini dijalankan dengan sempurna dan data dapat disediakan dengan tepat dan bertanggungjawab, perancangan hendaklah dibuat dengan teliti dan direkodkan. Pengumpulan data ujian hendaklah menggunakan perisian yang digunakan untuk Ujian SEGAK 1/2010.
Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah diminta menghantar laporan pelaksanaan program berkenaan dengan kadar segera ke pejabat ini. Terima kasih dan tahniah kepada sekolah yang telah berbuat demikian.
Sebarang kemuskilan dan pertanyaan sila rujuk Wan Nadzri Wan A.Rahman (PPPD Kurikulum) atau En. Shamshudin Othman, Jurulatih Utama SEGAK .
Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment