Selamat Datang Ke Laman Unit Kokurikulum SK SAWAH DATO'

Friday, January 14, 2011

PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS TAHUN 2011

Tindakan : SELURUH KAKITANGAN WARGA PENDIDIKAN (PEGAWAI / GURU / STAF) DAERAH MERSING
Tarikh : 07-01-2011
Unit : PENGURUSAN SEKOLAH
Oleh : En. Muhamad Fadli Bin Othman

Maklumat : Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa peruntukan untuk latihan dalam perkhidmatan bagi tahun 2011 adalah terhad, walaubagaimanapun setiap kakitangan awam pendidikan masih perlu memenuhi keperluan dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari kursus setahun.

3. Sehubungan itu, KPM telah memutuskan kursus 7 hari setahun bagi tahun 2011 boleh diganti dengan pembacaan buku (atau langkah alternatif lain yang dikira dengan 6 jam kehadiran bersamaan 1 hari kursus) sekiranya kewajipan menghadiri kursus tidak dapat dipenuhi.

4. Untuk maklumat lanjut tentang kaedah pelaksanaan dan kumpulan kategori bagi pembentangan/penulisan sinopsis, sila rujuk lampiran yang disertakan di bawah.

Sekian, terima kasih.
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2010/1293409607.pdf
Kaedah_Pelaksanaan_Latihan_Pembacaan_Buku.pdf

No comments:

Post a Comment