Selamat Datang Ke Laman Unit Kokurikulum SK SAWAH DATO'

Wednesday, April 20, 2011

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH MERSING 2011

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan mengadakan Festival Sains Dan Teknologi Peringkat Daerah Mersing 2011 pada tarikh 5 Mei 2011:

Sehubungan itu, mohon kerjasama dari pihak tuan untuk memaklumkan kepada GPK Kokurikulum dan Guru Kanan Mata Pelajaran Matematik dan Sains untuk membuat persediaan bagi menyertai pertandingan yang akan dijalankan.
 

Berikut dinyatakan pertandingan-pertandingan tersebut:
 

1.Saintis Muda ( Sekolah Rendah )
2.Eureka REE ( Sekolah Rendah )
3.Bercerita Sains ( Sekolah Rendah )
4.Portable Cooking With Nature ( Sekolah Menengah )
5.Solar Boat ( Sekolah Menengah )
6.Solar Car Race ( Sekolah Menengah )
7.Saintis Muda ( Sekolah Menengah )
8.Pelancaran Roket ( Sekolah Menengah )

Sebarang pertanyaan, bolehlah dipanjangkan kepada En Nor Azmi Bin Mohd Nor, Penolong PPD Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing ditalian 013-7676 345.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Terima Kasih.














No comments:

Post a Comment